Tuesday, March 1, 2011

Rakyat Kena Saman Kecewa~~ Kenapa????

Kena ikut undang-undang, adik terpaksa saya saman~~ hehehe!!!

Habis duit den~~ pasni jangan bawak laju2 ea..... ~~~


Kecewa nombor giliran bayar saman habis

KUALA LUMPUR
- Orang ramai yang menyerbu Pejabat Pos dan pejabat polis trafik di sini untuk selesaikan saman sebelum tempoh diskaun tamat semalam kecewa apabila diberitahu sistem pembayaran saman tergendala di Pejabat Pos manakala nombor giliran di pejabat polis trafik habis.

Tinjauan di Pejabat Pos di Setapak dan di Mindef mendapati orang ramai yang datang seawal 8 pagi kecewa apabila diberitahu sistem membayar saman tergendala di seluruh negara.

Di pejabat polis trafik Jalan Bandar, nombor giliran sudah habis pada 10.30 pagi manakala di pejabat polis trafik Bukit Aman, mereka yang datang seawal 8.30 pagi mendakwa belum dapat menjelaskan saman mereka sehingga 3 petang tadi.

Pegawai Kompaun, Polis Trafik Jalan Bandar ASP Azhari Chik ketika dihubungi berkata, hanya 800 nombor giliran dikeluarkan oleh polis trafik Jalan Bandar.
Beliau berkata, ia disebabkan sekiranya mereka mengeluarkan nombor giliran melebihi daripada had itu, maka pembayaran saman mungkin tidak dapat diselesaikan.

“800 itu pun kita hanya boleh habiskan pada 8 malam atau 9 malam ini (semalam), jadi kalau kita bagi lebih daripada had 800 angka giliran, mungkin sampai esok pun belum tentu habis lagi,” katanya.

Pembantu tadbir Zukhairi Ismail, 29, berkata beliau memilih untuk membayar saman di saat-saat akhir disebabkan diskaun yang ditawarkan dan beliau baru sahaja mendapat gaji.

*Note~~ Bayar jangan tak bayar ea!!!

No comments:

Post a Comment

Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...