Friday, November 18, 2011

" Kebesaran Allah~~Allahuakbar ~~ Pengawal penjara temui cahaya Islam di Guantanamo"





Siapa yang tidak tahu dengan Teluk Guantanamo? Penjara yang sangat mengerikan dengan penjagaan sangat ketat dan terkawal di Cuba itu biasa didedikasikan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk memenjarakan para tokoh yang dianggap sebagai teroris.
Sebahagian besar tahanan berasal dari Iraq dan Afghanistan. Kisah penyeksaan dan penghinaan terhadap Al-Quran pernah ‘menghiasi’ penjara ini.

Dunia turut memandang dengan reaksi negatif keberadaan penjara Guantanamo. Tuntutan untuk menutup penjara tersebut mengalir deras terhadap kerajaan AS. Presiden AS, Barrack Obama pun menyambut baik tuntutan tersebut dengan merancang menutup penjara tersebut.

Lain pula bagi Terry Holdbrooks, Guantanamo menjadi bahagian hidup yang sangat bermakna bagi dirinya. Kehidupan para tahanan dalam penjara tersebut memberi pengaruh besar dalam hidup Terry yang pada mulanya hidup terumbang-ambing yang mana kedua orang ibu bapanya berpisah ketika usianya 7 tahun.

Membesar di Arizona, beliau sama sekali tidak pernah mendengar soal Islam. Apalagi  tidak pernah faham akan kewujudan Tuhan. Kehidupan junkies, membawanya pada dunia penuh maksiat.

Di usia dewasa, beliau cuba memohon kerja sebagai tentera. Yang mana kemudiannya, diterima sebagai staf di ketenteraan polis hingga akhirnya ditugaskan ke Guantanamo pada tahun 2003.

Ketika itu, beliau baru berusia 19 tahun. Penempatan itu beliau terima begitu saja. Satu hal yang saat itu dia fahami, Guantanamo adalah penjara untuk manusia ‘paling buruk di antara yang terburuk.’

Sebagaimana yang diceritakan, beliau menyaksikan rakaman video peristiwa 11 September dan ketika menerima perintah ke Guantanamo, beliau merasakan bakal bertemu dengan orang-orang yang AS anggap sebagai musuh selain memikirkan di sana ada pemandu Osama Ben Laden, juru masaknya, dan orang-orang yang akan membunuh beliau jika mereka berkesempatan.

Sampai sahaja di Guantanamo, segumpal pertanyaan pun muncul. Ketika itu, buat pertama kalinya bertemu dengan seorang tahanan yang usianya baru 16 tahun yang menyuarakan bahawa sama sekali belum pernah melihat laut dan dia menyatakan tidak mengetahui bahawa bumi itu bulat.

Terry pun bertanya-tanya soal kemungkinan anak itu mengetahui rencana dunia gagasan pemerintah AS bernama war on terror (gerakan global memerangi terorisme).

Ketika itu, Terry bertugas membersihkan lingkungan, mengumpulkan sampah, membangunkan para tahanan, juga mengawal para tahanan dan pekerjaan itu memungkinkannya untuk berinteraksi terus dengan para tahanan di penjara Guantanamo.

Dari situlah bermulanya, cahaya Islam memancar ke dalam jiwa Terry. Ketika para penjaga yang lain menyibukkan diri dengan alkohol dan gambar porno, Terry banyak memanfaatkan waktu untuk berinteraksi dengan mereka  yang selama ini dianggap oleh pemerintah AS sebagai teroris.

Modal senyum membuatnya cepat ramah dengan ‘warga’ Guantanamo. Beliau pun dikenal sebagai penjaga yang baik.

Beliau mula membicarakan soal latar belakang politik, etnik, moral, juga budaya mereka dan hasil diskusi itu memberinya banyak pencerahan. Dari para tahanan inilah, beliau kemudian mulai mendapatkan informasi tentang Islam.

Hal ini membuatkan beliau mengalami kejutan budaya mengingatkan sebelumnya beliau sama sekali tidak pernah mendengar tentang Islam sehingga dewasa dan Terry juga berfahaman tidak bertuhan.

Sampailah pada suatu petang, 29 Disember 2003, beliau mengakhiri kejutan budayanya itu dengan keputusan yang sangat mengesankan. Beliau memutuskan untuk mengucap syahadah dan kembali kepada Islam.

Seorang tahanan yang menjadi mentornya memimpin upacara sederhana pengucapan syahadahnya. Lantas beliau meninggalkan segala jenis maksiat, termasuk kebiasaannya mengambil minuman keras.

Baginya sesuatu itu tidak mudah buatnya apalagi untuk menjalankan solat lima waktu ketika di Guantanamo. Namun, hal itu tidak membuatnya menyerah akan tetapi bertambah mantap untuk tetap berada dalam Islam.

Terry merasa seperti lahir kembali, setelah mengucap syahadah. Seusai mengucap syahadah, beliau pun menukar namanya menjadi Mustafa Abdullah.

Pada musim panas tahun 2004, beliau merasa tidak sesuai lagi berada di Guantanamo lalu meninggalkan tempat kerjanya dan keluar dari ketenteraan. Selama menjadi penjaga tahanan, beliau mengaku merasa malu. Walaupun tubuhnya berada di balik jeriji besi, akan tetapi sebenarnya para tahanan itu jiwanya jauh lebih merdeka.

Sementara dirinya yang secara fiziknya bebas namun jiwanya terikat dengan aturan ketenteraan hinggakan beliau memilih keluar agar lebih mantap dan istiqamah menjalankan ajaran-ajaran Islam. 
 
sumber asal

Tuesday, November 8, 2011

Tersentuh Bila Baca Entri ni~~

 
 
 
 
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam yang ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. 
 
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut”.
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. 
 
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang sejuk kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”. 
 
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sehingga Hari Kiamat. 
 
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.
 
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. 
 
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. 
 
“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mau menanggung kesalahanku”. 
 
“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat dari Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. 
 
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”. 
 
Setelah mendengar jawaban mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.

Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
 
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. 
 
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. 
 
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 
 
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” 
 
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T .dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” 
 
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. 
 
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” 
 
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” 
 
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” 
 
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini senantiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini senantiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.

Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” 
 
Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. 
 
Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sehingga hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya hingga sehingga hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan disambut tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
 
Wallohua’lam
 
sumber: http://tulahan.blogspot.com

Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...