Thursday, March 17, 2011

~~Ingat sebelum terlambat~~

Chernobyl merupakan sebuah bandar yang ditinggalkan di utara Ukraine.

~~Gambar-gambar hiasan sesudah kemusnahan akibat Nuklear~~

















 










 

Malapetaka reaktor nuklear Chernobyl

Pada 26 April 1986, reaktor keempat Stesyen Janakuasa Nuklear Chernobyl, meledak pada 01:23 AM masa tempatan. Pekerja sedang melakukan ujian dengan sistem keselamatan reaktor ketika mana sistem keselamatan dikawal komputer dimatikan.
Masaalah timbul semasa ujian: Reaktor tidak menerima penyejuk yang mencukupi, membina terlalu banyak haba dalam teras, dan rod pengawal dikeluarkan sepenuhnya, kesemuanya menyumbang kepada operasi reaktor yang tidak stabil. Sistem komputer dibut semula gagal mengawal semula tindak balas. Apabila rod kawalan dimasukkan semula sebagai usaha mengawal semula reaktor tidak stabil, terdapat peningkatan tindak balas, disebabkan oleh reka bentuk reaktor RBMK dan rod kawalannya, dan tindak balas liar yang tidak terkawal bermula.

 Reaktor menghasilkan sejumlah besar wap, akhirnya menyebabkan pembebasan wap/letupan, yang memusnahkan sebahagian reaktor. Selepas letupan, kebakaran grafit berlaku disebabkan suhu tinggi reaktor dan pendedahan grafit kepada oksigen. Puing beradioaktif tercampak beberapa batu, dan asap yang mengandungi pencemaran radioaktif dari kebakaran grafit sampai sejauh sehingga Belarus.
Kesemua penduduk kekal Chernobyl dan Zon Pengasingan dipindahkan kerana aras pencemaran radioaktif di kawasan tersebut telah menjadi tidak selamat. Susu tercemar dipersalahkan bagi penyakit kanak-kanak seluruh Eropah.
Bandar Chernobyl dan kawasan sekitarnya kini menjadi rumah kepada pakar sains nuklear, pegawai pengurus bagi Logi Kuasa Chernobyl, Pegawai Pemusnah, doktor, pakar kesihatan (physicists), dan yang terbanyak, pegawai kesihatan radiasi (radiation physicists). Sungguhpun Pripyat bersebelahan kekal tidak diurus, Chernobyl telah diubah suai dan kini merupakan rumah kepada 500 penghuni tetap, termasuk pelawat ke Zon Pengasingan yang tinggal di rumah tumpangan tempatan di luar bandar Chernobyl.

sumber asal

** Note: Bahaya nuklear boleh memberikan kesan yang berpanjangan, mudah2an mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi Ujian. Saya harapkan loji nuklear yang dirancang oleh Malaysia dibatalkan segera. Banyak sumber lain atau teknologi lain yang boleh kita gunakan sebagai jana kuasa  elektrik dan sebagainya. =) PEACE~~~~~~~~~

KATAKAN TAK NAK NUKLEAR!!!!!


No comments:

Post a Comment

Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...