Wednesday, March 2, 2011

~~Yang Bernama Wanita~~


Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W. melalui Israk Mikraj di langit ada beberapa perkara yang dilihat baginda S.A.W. berkenaan dengan wanita, Sabdanya: Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, antaranya:

1) orang perempuan yg digantung dgn rambutnya dan otak dikepalanya mendidih. Sebabnya, dia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

2) Orang perempuan yang digantung lidahnya kerana dia suka menyakiti suaminya dengan kata2nya.


3) Orang perempuan yang digantungkn dgn buah dadanya dari arah punggungnya dan minyak air dituang ke dlm kerongkongnya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya
4) Orang perempuan yang digantung yg diikat kedua kakinya berserta dua tangannya sampai ubun2nya dan dibelit di kuasai oleh beberapa ular dan kala jengking. Ia kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi. Yakni tidak mandi bg membersihkan diri setelah habis haid atau nifas.

5) Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yg bernyala2.Ia kerana ia berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka suka mengaibkan org lain.


6) Orang perempuan yg memotong bdnnya sendiri dgn gunting2 neraka. Ia kerana dia memashurkan dirinya dikalangan ramai dgn bermaksud spya org lain melihat akan perhiasannya yang mana untuk menarik perhatian org lain.

7) orang perempuan yg berwajah hitam dan dia makan ususnya sendiri. Ini kerana dia tidak mahu solat dan berpuasa serta mandi junub sedangkan dia boleh bersolat, berpuasa dan berwudhuk.

8) Orang perempuan yang tuli, buta dan bisu di dalam peti dr neraka sdg darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidung, telinga dan mulut. Badannya pula busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra. Ia kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9) Orang perempuan yg kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai dan mereka mendapat sejutas seksaan. Ini kerana dia seorang ahli fitnah dan suka marah pada suaminya.

10) Orang perempuan yg berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dlm mulutnya dan keluar melalui duburnya. Dan para malaikat memukuli kepalanya dgn palu gondom dari neraka.

nota: Mudah2an kita memperolehi maklumat dan memperbaiki hidup dan amal kita dengan mengharapkan keredhaan Alla S.W.T. Marilah kita untuk sama-sama melakukan yang terbaik walaupun sedikit. Amin~~~

No comments:

Post a Comment

Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...