Wednesday, March 2, 2011
~~~Mengapa Orang Kurus Pun Tetap Buncit? ~~~ from I LUV ISLAM
By Azlan Supian , Editor: kasihsayang
Sebelum saya berjinak-jinak dengan gym, saya sering kali tertekan dengan perut saya yang buncit walaupun saya kurus. Terdapat segilintir orang juga mengalami masalah yang sama. Mereka boleh menyembunyikan perut mereka ketika memakai pakaian, tetapi bila baju dibuka....jeng..jeng..jeng..
Berita baiknya masalah ini boleh diperbaiki tanpa perlu anda menjalani lipo suction. Pertama sekali anda perlu memahami bagaimana anda boleh membina perut yang buncit walaupun badan anda kurus.
1) Dalam tempoh beberapa tahun ini anda telah mengambil lebih banyak kalori daripada yang badan anda mampu bakar. Jadi kalori berlebihan ini akan disimpan di dalam perut anda sebagai lemak.
2) Selama ini anda telah mengambil makanan-makanan yang tidak sihat. Contohnya nasi lemak, roti canai, kentang goreng, pisang goreng, cucur udang, nasi goreng, burger goreng, ayam goreng, fast food, maggi, kepak ayam, pizza, teh tarik dan sebagainya. Makanan-makanan ini mengurangkan sensitiviti insulin anda dan akan terus disimpan di dalam perut anda yang buncit.
3) Anda tidak bersenam secara konsisten sepanjang minggu ataupun mungkin sepanjang tahun. Sekiranya anda mengamalkan 'kejap ada, kejap takda' secara berterusan, anda tidak akan mampu membina otot dan akhirnya memudahkan pengumpulan lemak di dalam badan anda.
4) Biasanya kebayakkan orang mudah terpengaruh dengan produk weight gainer dari kedai-kedai supplement atau iklan-iklan di TV. Jika anda mengambil weight gainer tetapi sekadar melakukan senaman dumbel dirumah sekali-sekala maka kalori berlebihan dari weight gainer itu akan turut tersimpan didalam perut anda.
Jadi saya harap kini anda sudah faham bagaimana masalah ini boleh berlaku. Ingat... walaupun anda kurus tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati atau tidak bersenam terutamanya jika umur sudah meningkat.
Sama-samalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat.
Labels:
Informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment