Aidila Razak
Kumpulan pemantau kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menjangkakan kawalan lebih ketat ke atas internet apabila Malaysia menuju ke arah pilihan raya ke-13.
Dalam laporan tahunannya yang berjudul 'Internet Enemies' atau 'Musuh Internet' kumpulan pemantau itu berkata tidak mungkin kerajaan mengurangkan tekanan khususnya kepada penulis internet dan blog kerana ia dilihat sebagai “sumber yang lebih berwibawa berbanding media tradisional” di Malaysia.
RSF berkata internet di Malaysia membekalkan “perbicangan dan landasan bagi berdebat yang tiada bandingannya” dan “ubat paling mujarab bagi menentang penapisan sendiri” yang dilakukan oleh media tradisional kerana gentar lpermit yang diberikan menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ditarik balik.
“Penulis blog Malaysian masih ditekan tetapi mendapat sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi berpuas hati dengan versi rasmi 'sesuatu kenyataan', kata laporan yang dikeluarkan pada Hari Menentang Penapisan pada 12 Mac lalu.
“Dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, cengkaman pihak kerajaan ke atas penulis blog dijangka semakin kukuh.”
sumber asal
No comments:
Post a Comment