Monday, March 28, 2011

~~Benarkah Kita di Landasan yang Betul~~


Firman Allah S.W.T
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.” 
- Surah al-Baqarah: ayat 208.


**Ungkapan dari Benak hati**

Kita sibuk mengejar hal keduniaan dan melupai tanggungjawab kita kepada Allah. Usahlah kita memberikan berbagai alasan untuk mengelak dari memberikan sepenuhnya ketaatan kita kepada Allah S.W.T.  Usahlah kita terlalu mencipta helah untuk kita menyisihkan diri daripada Allah S.W.T. 

Alasan yang selalu diberikan:

1) Belum sampai seru atau waktu
2) Kami akan berubah insyaallah
3) dah kahwin nanti baru saya nak berubah

Dan macam-macam alasan yang sering dikemukakan.....
Kenapa hal ini terjadi? adakh kita layak untuk memasuki Syurga Allah yang indah bersama-sama orang-orang yang taat kepadaNya. Adakah kita tidak berasa malu untuk bertemu dengan Allah kelak? fikir2kanlah~~

Dalam meniti waktu, dalam mencari rezeki kadang kala kita lalai dan lupa bahawa kita sebenarnya dalam keadaan yang daif. Walaupun kaya dengan wang ringgit tetapi kita daif yang amat kerana situasi keberadaan kita kepada Allah S.W.T.

Mari sama-sama kita beristigfar mudah2an kita berada dalam golongan orang-orang yang pandai. Pandai bukan hanya untuk ilmu dan mencari wang ringgit semata-mata tetapi pandai mengurus diri untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Itulah yang paling utama kerana dunia ini fana dan tidak kekal. Kenapa kita sering mencari mendekati dosa? kenapa kita terdedah dengan perkara-perkara yang membuat dosa? Adakah kita benar-benar mahu melakukan dosa? atau kita lupa kepada Nya dan asyik dengan kesibukan Dunia.  Fikir2kan lah..... Sekian Wassalam

warkah hati buat renungan diri dan saudara/ri ~~~~~~

No comments:

Post a Comment

Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...