KUALA LUMPUR - Para pengeksport minyak sawit negara terpaksa menghentikan bekalan 30,000 tan bahan tersebut yang dibeli setiap bulan oleh Iran daripada para pengeluar Asia Tenggara berikutan kekangan baharu Tehran dalam prosedur pembayaran, demikian menurut dua sumber dagangan.
Pemberhentian dalam eksport minyak sawit negara telah bermula sejak akhir tahun lalu, merupakan langkah terkini bagi memujuk Iran untuk tidak meneruskan pelancaran program senjata nuklear.
Sekatan itu, yang dimulakan oleh Amerika Syarikat (AS)  dan Kesatuan Eropah (EU) telah menjadikan ia sukar bagi pembeli minyak  sawit Iran untuk menggunakan surat-surat kredit dan membuat pembayaran  melalui orang tengah di Emiriah Arah Bersatu kepada pengeksport  Malaysia.
Malaysia adalah negara kedua minyak sawit dunia, turut menghasilkan biodiesel untuk minyak masak dan bahan-bahan kek.
''Kebanyakan  syarikat yang menjual minyak sawit kepada Iran telah berhenti berbuat  demikian pada akhir tahun lalu,'' menurut seorang pedagang yang terlibat  secara langsung dalam dagangan tersebut.
Menurut  beliau, pembayaran dilakukan melalui pihak ketiga dan tidak ada seorang  pedagang mahu mengambil risiko menghantar kargo ke Iran dengan situasi  politik yang tegang, kata sumber yang enggan dikenali itu.
Kementerian Komoditi dan Majlis Minyak Sawit Malaysia tidak dapat dihubungi untuk membuat penjelasan mengenai perkara itu.
Amerika  Syarikat telah mengenakan sekatan terhadap Tehran mulai tahun ini,  dengan menyasarkan institusi kewangan yang berurusan dengan bank pusat,  dengan harapan untuk mengekang pendapatan minyak Iran.
Iran  mempunyai 74 juta penduduk, mendapati sukar untuk menyalurkan mata wang  yang kukuh daripada eksport minyak sawit - penyumbang utama mata wang  asing yang diperlukan bagi membayar penghantaran makanan dan  import-import lain.
Para  pembeli Iran juga gagal membuat pembayaran bagi 200,000 tan beras  daripada pembekal utama di India, menurut pengeksport dan pengilang  beras.
Para  pedagang Ukraine dan Eropah berkata, mereka tidak lagi melakukan  penghantaran bijirin ke Iran disebabkan kesukaran pembayaran, menurut  menteri perladangan negara-negara itu.
Malaysia mengeksport kira-kira separuh daripada keperluan minyak sawit Iran dan  tahun lalu mengeksport 342,256 tan komoditi itu, menjadikan negara  sebagai pembekal utama, bersama Indonesia - pengeluar utama minyak sawit  dunia. - REUTERS


 
 

No comments:
Post a Comment