KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia kini sedang menganjurkan Jualan Besar-Besaran di kesemua laluan AirAsia dan
AirAsia X dengan bayaran tambang keseluruhan sehala serendah RM19.
Promosi  itu diadakan dari 15 Februari hingga 19 Februari dan tempoh perjalanan  ialah dari 11 September, 2012 hingga 31 Januari, 2013, demikian menurut  AirAsia di dalam kenyataan hari ini.
Tambang  meliputi kesemua bayaran sehala dari RM19 ke destinasi domestik seperti  Alor Setar, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bahru manakala penerbangan ke  destinasi di Sabah dan Sarawak termasuk Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri  sahaja bernilai RM29 sehala.
Syarikat  penerbangan itu memaklumkan, penumpang juga boleh terbang ke destinasi  popular seperti Bali, Phuket, Singapura dan Bandaraya Ho Chi Minh pada  harga dari RM49 dan ke tempat lain seperti Hanoi, Da Nang dan Siem Reap  dari RM89.
Sebagai  tambahan, tambang ke destinasi termasuk Guangzhou, Hong Kong, Macau,  Guilin, Shenzhen dan Colombo ditetapkan dari RM139 sehala.
Sementara  itu, AirAsia X menawarkan tambang serendah RM169 sehala ke Jepun (Osaka  dan Tokyo) dan China (Hangzhou, Tianjin dan Chengdu) dan RM199 sehala  ke Seoul, Taipei dan beberapa destinasi di Australia.
Bagi melengkapi tempahan penerbangan, AirAsiaGo akan turut menawarkan pakej hotel dari serendah RM89
 
 

No comments:
Post a Comment