Jom layan Setiap Selasa 9.00 Malam
Sinopsis Vanila Coklat 2012:
Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir,  20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan  Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah  mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan  pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci  Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.       Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap  kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir  supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan  Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat  kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang  kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak  sekolah menengah lagi.      Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu  juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari  sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku  Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti  berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara  dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka  bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura  diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat  Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.      Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara  telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi  ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan  madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai  alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya  memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada  kemesraan di antara mereka.      Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula  tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak  akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu  pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir  meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau  Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal.  Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan.  Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan  bersama Zara.      Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan  naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara  main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands  untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang  cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta  pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka  tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.      Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk  memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan  ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan  berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis  tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara  dan Aamir.       Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal  dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia  menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk  Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya  kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara  Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan  hubungan antara Aamir dan Zara.       Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad  renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali  perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan  keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk  Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana  untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Jom Download Lagu Tema Vanila Coklat
Astrid - Tentang Rasa.mp3  
Spider- Tapi Bagaimana 




 
 

ceeeewah..minat jugak ye cite ni..hehe
ReplyDeletemestilah,,, fie pn layan jugak ker??
ReplyDelete