Showing posts with label Saya. Show all posts
Showing posts with label Saya. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Pantun Sempena Hari Raya Aidilfitri Ikut Negeri~~

Pantun Hari Raya – Loghat Negeri-negeri di Malaysia


Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita


Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek


Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri


Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


Sumber asal

~~Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2011 Bersamaan 1432 H~~





Di Kesempatan ini PH ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Kawan-Kawan 
yang mengenali diri ini. Dengan Rendah Hati PH memohon Maaf Sekiranya 
Terdapat Kekhilafan Dari Kata-Kata mahupun Perbuatan selama Perkenalan kita. Mudah-Mudahan kita Beroleh Kejayaan Di Dunia Dan Yang Penting Kejayaan Di Akhirat Kelak. Sama-Sama kita Doakan.
Daripada ~~ Azhar B. Jamaludin dan Keluarga ~~

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN MENJELMA LAGI...~~

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak... Alhamdulillah aku masih bernafas untuk menikmati hidup dan masih diberikan peluang untuk berbuat Ibadat kepada Sang Pencipta Allah SWT..



Mudah2an Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Kepada kawan-kawan jadikanlah Ramadhan kali ini adalah bulan yg mana kita memperolehi ganjaran pahala yg besar dan seterusnya memberikan kekuatan kepada kita utk teruskan perjalanan hidup yg penuh dgn ketidakpastian... moga kita berada pada landasan org2 yg benar menegakkan agama Allah dan bukannya cenderung kepada mereka yg munafik..


Amin....

Thursday, June 30, 2011

~~Jangan terlalu ego~~~


Bersyukur atas nikmat dan ujian
AYAT itu diulang sebanyak 31 kali dalam surah Ar-Rahmaan. Kerap membuat siapapun tertegun membacanya. Betapa kita, sebagai makhluk-Nya, terkadang terlalu sombong untuk sekadar mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT.

Sudah banyak sekali nikmat yang sudah Dia berikan. Namun, kita malah tidak bersyukur kepada-Nya.

Bukankah Allah SWT telah berfirman: Dan, Dia telah memberikanmu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu hajati. Dan, jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya, manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim: 34)

Sudah banyak sekali nikmat yang Dia berikan. Antaranya adalah nikmat manisnya iman, nikmat menghirup udara segar dan sebagainya.

Allah telah memberi gambaran yang menggembirakan bagi hamba-hamba-Nya yang bersyukur, dan ancaman untuk hamba-hamba-Nya yang kufur, seperti yang termaktub dalam firman-Nya yang bermaksud:Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahu; Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Ibrahim: 7)

Maka, syukurilah nikmat yang datang pada kita. Jangan kita terlena hingga kita lupa dan mendakwa kejayaan itu adalah hasil jerih payah kita sendiri, tanpa menganggap Allah sebagai Maha Pemberi.

Bila hal yang di atas berhubungan dengan pemberian yang sesuai dengan kehendak kita, bagaimana pula dengan pemberian yang tidak sesuai dengan keinginan kita?

Terkadang kita, sebagai manusia, mengeluh atau tidak mensyukuri pemberian Allah SWT yang tidak sesuai pada kita. Padahal, kita tidak tahu kalau itu sebenarnya baik untuk kita.

Kita hanya terus menyalahkan keputusan-Nya. Jarang kita melihat sisi positif dari pemberian itu. Padahal, Allah selalu memberikan yang terbaik untuk kita.

Oleh demikian, ketika ditimpa suatu musibah, janganlah cepat-cepat mengeluh. Lihatlah sisi positifnya.

Berfikirlah bahawa Allah sayang kepada kita, kerana Allah ingin segera menghapus dosa kita lewat ujian itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah berupa rasa lelahnya badan, rasa lapar yang terus menerus atau sakit, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa sekarang, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa lalu, gangguan orang lain pada dirinya, sesuatu yang membuat hati menjadi sesak sampai-sampai duri yang menusuknya melainkan akan Allah hapuskan dengan sebab hal tersebut kesalahan-kesalahannya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga ketika keputusan Allah tidak sesuai harapan kita. Mungkin itu adalah untuk kebaikan jangka panjang kita. Ingatlah, Allah memberikan apa yang kita perlukan, bukan yang kita harapkan.

Sebabnya, kita tidak tahu hikmah di sebalik kurniaan atau ujian Allah kepada kita. Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah: 216)

Perpisahan dengan mereka yang kita cintai, penyakit yang menimpa kita adalah beberapa ujian yang perlu kita ambil sisi positifnya. Jangan kita terus mengeluh dan mengeluh.

Sesekali, beranikan diri kita untuk mengambil sisi positif daripadanya. Sebabnya, di sebalik semua kejadian, pasti ada hikmahnya.

Wallahu a’lam.
Sumber asal

Monday, March 28, 2011

~~Benarkah Kita di Landasan yang Betul~~


Firman Allah S.W.T
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.” 
- Surah al-Baqarah: ayat 208.


**Ungkapan dari Benak hati**

Kita sibuk mengejar hal keduniaan dan melupai tanggungjawab kita kepada Allah. Usahlah kita memberikan berbagai alasan untuk mengelak dari memberikan sepenuhnya ketaatan kita kepada Allah S.W.T.  Usahlah kita terlalu mencipta helah untuk kita menyisihkan diri daripada Allah S.W.T. 

Alasan yang selalu diberikan:

1) Belum sampai seru atau waktu
2) Kami akan berubah insyaallah
3) dah kahwin nanti baru saya nak berubah

Dan macam-macam alasan yang sering dikemukakan.....
Kenapa hal ini terjadi? adakh kita layak untuk memasuki Syurga Allah yang indah bersama-sama orang-orang yang taat kepadaNya. Adakah kita tidak berasa malu untuk bertemu dengan Allah kelak? fikir2kanlah~~

Dalam meniti waktu, dalam mencari rezeki kadang kala kita lalai dan lupa bahawa kita sebenarnya dalam keadaan yang daif. Walaupun kaya dengan wang ringgit tetapi kita daif yang amat kerana situasi keberadaan kita kepada Allah S.W.T.

Mari sama-sama kita beristigfar mudah2an kita berada dalam golongan orang-orang yang pandai. Pandai bukan hanya untuk ilmu dan mencari wang ringgit semata-mata tetapi pandai mengurus diri untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Itulah yang paling utama kerana dunia ini fana dan tidak kekal. Kenapa kita sering mencari mendekati dosa? kenapa kita terdedah dengan perkara-perkara yang membuat dosa? Adakah kita benar-benar mahu melakukan dosa? atau kita lupa kepada Nya dan asyik dengan kesibukan Dunia.  Fikir2kan lah..... Sekian Wassalam

warkah hati buat renungan diri dan saudara/ri ~~~~~~

Tuesday, March 8, 2011

~~~Selamat Tinggal Tokwan~~~



Salam, berita sedih buat si dia yang nun jauh disana apabila pemergian tokwan/ datuk semalam. Apa yg menyayat hati di mana si dia tidak dapat bertemu dengan arwah tokwan di saat pengebumian. Dia hanya mampu menggugurkan air mata di kelas. Aku tidak dapat berbuat apa-apa sekadar memberikan semangat pada si dia agar tabah dan cekal menghadapi segalanya.
Buat si dia sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, berdoalah selalu mudah2an arwah dapat hidup tenang di sana.
Janganlah terlalu memikirkan kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan pada semester ini. Soal wang ketepikan yang penting tugas utama harus diselesaikan dengan baik dan cemerlang.

 Harapan ku agar Dia selalu ceria dan tabah dalam semua keadaan yang menanti Amin.. 
Al-Fatihah untuk Arwah~~~

Saya sediakan satu kisah yang menarik berkenaan dengan tajuk entri kali ini kematian !!

 

 Kenapa Allah S.W.T Merhasiakan Kematian? 

Friday, January 28, 2011

I am Happy


Ini cite tahun 2009, cmne aku leh terlepas tengok ni.. hahahahaha :P

Sinopsis:
A man (Hyeon Bin) suffers from mental illness after having lived with a mother suffering from dementia and a brother addicted to gambling. Now institutionalized, he falls in love with a nurse (Lee Bo-Young) at the psychiatric hospital.

korang dah tgok ke cite ni?? yang pasti aku tak tengok lagi..... :)

Thursday, January 27, 2011

Dream High [K-Drama]



Seronok ke tidak cerita nie?. Tengok gambar macam best.. nak cuba tengoklah episod 1. Kalo cerita ini dapat memikat hati aku, aku nak download drama ini. kikikiki
=)

Wednesday, January 26, 2011

~Pulang~

Hari-hari aku naik feri ini : dua bijik feri ini pun menyampah tengok aku. =)



JJJOOOMMMM pulang!!

Note: *Jeti Lumut Ke Jeti Pangkor mengambil masa 25-30 minit. Ayuh Pulang :)

~Secret Garden (EP20) Complete +Special Episod~


sinopsis :
The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies.

note: *seronok dapat tengok drama Hyun Bin dengan style dia, dan ada perkara yang melucukan sehinggakan membuatkan ak* ketawa sorang-sorang dalam bilik. Jangan terkejut mendengar lelaki seperti ak* meminati filem dan drama korea. Apa-apa pun korang kena cari drama Secret Garden ni. =) memang best+best

Pena Hati

Mengungkap suatu bentuk penceritaan yang di baca semasa melayari internet,
yang mana memberikan pelbagai pengalaman menarik seperti berkongsi buah fikiran, mendapat ilmu pengetahuan, mendalami situasi politik tanah air, dan sebagainya. Mudah-mudahan hasil dari pembacaan penulis memberikan ilmu yang berguna untuk diri dan juga pembaca.

Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...