Gambaran Hari Qiamat 
✐ Selepas Malaikat  Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang  memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa  malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang  tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua  makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan  hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan  keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini  menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa  lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun,  Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk  kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,  berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit  atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia  hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di  hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang  kembang membesar dari biji benih. 
✐ Semua manusia dan  jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa  malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang  nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api  yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia,  jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka  menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang  kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika  itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia  sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua  makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu  mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang  amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit  yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat  sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz  malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari  muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan  seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama  berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat  nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi  kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh  mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada  amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu  telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi  air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan  mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya  tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat  sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari  kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari  embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: