|  | 
| Antara pemain terbaik Asia ! | 
 Sebelum ini laporan menunjukkan kedudukan bolasepak negara telah  meningkat ke kedudukan yang lebih baik didalam rangking dunia. Malaysia  naik 7 anak tangga berbanding tahun lalu dengan berada di kedudukan  ke-148 sekarang.
 Kedudukan kita paling baik adalah pada tahun 1993 apabila berada di  tangga ke-75 dan rekod paling buruk pernah kita tanggung adalah di  tangga ke-170 pada tahun 2008.
 Baru-baru ini laman sukan bolasepak terkenal goal.com telah  menyenaraikan pasukan pilihan terbaik mereka bagi membarisi kesebelasan  pemain utama mewakili asia dan berita baiknya adalah 3 orang pemain  hebat kita telah dimasukkan ke dalam senarai pemain kesebelasan utama  tersebut. Mereka adalah:
- Khairul Fahmi Che Mat
- Mohd Fadhli Shas
- Safee Sali
 Ini menunjukkan mereka tersenarai sebagi antara pemain hebat asia sebaris dengan nama besar seperti:
- Yuto Nagamoto
- Park Chu Yong
- Park Ji Sung
 Syabas diucapkan dengan pencapaian hebat mereka yang berjaya menambat  hati pemerhati bolasepak bertaraf dunia dan diharapkan ini mampu  memberikan suntikan kepada semua pemain bolasepak di seluruh negara  untuk menjadikan pasukan kita bertaraf lima bintang dipersada dunia.
sumber asal 
 
 

No comments:
Post a Comment