Wednesday, January 4, 2012

~Tersenarai 3 Pemain Bola Malaysia Dalam 11 Terbaik Asia~




Antara pemain terbaik Asia !

Sebelum ini laporan menunjukkan kedudukan bolasepak negara telah meningkat ke kedudukan yang lebih baik didalam rangking dunia. Malaysia naik 7 anak tangga berbanding tahun lalu dengan berada di kedudukan ke-148 sekarang.
Kedudukan kita paling baik adalah pada tahun 1993 apabila berada di tangga ke-75 dan rekod paling buruk pernah kita tanggung adalah di tangga ke-170 pada tahun 2008.
Baru-baru ini laman sukan bolasepak terkenal goal.com telah menyenaraikan pasukan pilihan terbaik mereka bagi membarisi kesebelasan pemain utama mewakili asia dan berita baiknya adalah 3 orang pemain hebat kita telah dimasukkan ke dalam senarai pemain kesebelasan utama tersebut. Mereka adalah:


  1. Khairul Fahmi Che Mat
  2. Mohd Fadhli Shas
  3. Safee Sali
Ini menunjukkan mereka tersenarai sebagi antara pemain hebat asia sebaris dengan nama besar seperti:
  • Yuto Nagamoto
  • Park Chu Yong
  • Park Ji Sung
Syabas diucapkan dengan pencapaian hebat mereka yang berjaya menambat hati pemerhati bolasepak bertaraf dunia dan diharapkan ini mampu memberikan suntikan kepada semua pemain bolasepak di seluruh negara untuk menjadikan pasukan kita bertaraf lima bintang dipersada dunia.
 
sumber asal

No comments:

Post a Comment

Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...