Wednesday, January 26, 2011

Bestnya Merokok!!

Rokok Oh Rokok!!!!!



Rokok aku anggap suatu perkara yang tidak berfaedahla. lagi pula aku sekarang dah tak tahan duduk atau berdekatan dengan sang perokok kerana asapnya akan mengena pada aku. Kemudiannya bau rokok akan melekat pada baju yang dipakai yang mana bau wangi2an yang disembur semasa keluar rumah sudah hilang dek lekatnya bau rokok yang amat kuat. Kepada perokok tolonglah jangan buat macam ini kepada kami yang tak merokok.

note: *Apa kata merokok ditempat yang sesuai supaya orang lain tidak kena dan selesa. sebenarnya merokok mendatangkan banyak masalah kepada diri dan juga kepada orang lain. Harap-harap korang faham k. Bukan menghalang tetapi biarlah beetika dan beradabserta menghormati orang lain. Sekiranya kamu menghormati orang lain sudah pasti orang lain menghormati kamu.
tenkiu kepada yang memahami =)


fakta: *Kandungan Berbahaya Dalam Rokok..

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

NOTE: Harap-harap korang berjaya berubah (berhijrah) =)

SUMBER : http://bilikkesihatanskmr2.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...