Thursday, January 5, 2012

Maksud Kebebasan Dalam Islam!!

&



Apabila membicarakan kebebasan bersuara pertama sekali kita kenalah terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan "kebebasan" mengikut lunas ajaran Islam sendiri; bukannya mengikut kefahaman maksud "kebebasan" dari sudut sekularisme.

Dalam ajaran Islam tidak ada sesiapa jua pun berhak memiliki kebebasan mutlak. Demikianlah juga apa yang dikatakan sebagai hak asasi manusia itu, kebebsan mutlak itu bukannya merupakan hak asasi manusia.

Kebabasan mengikut ajaran Islam ialah buatlah apa saja jua pun selama mana apa jua perkara yang kita buat atau lakukan itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam atau Syarak. Ini berertiyang dikatakan hak asasi manusia itu ialah hak-hak yang hanya yang dibenarkan oleh peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam ajaran Islam manusia itu melakukannya. Justeru umat Islam kena tahu mengenai wajib, sunat, harus, makruh dan haram sebagai nilai-tara atau kayu-ukur.

Yang dikatakan kebebasan yang boleh manusia nikmati dalam apa jua bidang kehidupan atau diceburi hanyalah pada perkara-perkara yang nilai-taranya adalah wajib, sunat, harus dan makruh sahaja; itu pun yang bernilai-tara makruh mestilah dielakkan kerana kerja-buat yang hukumnya makruh adalah Dibenci oleh Allah SWT.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan "hak asasi bersuara"? Ini juga tertakluk hanya pada perkara-perkara yang wajib dan sunat saja yang boleh disuarakan. Adalah bukan hak asasi bersuara kepada manusia apabila perkara yang disuarakan atau diperjuangkan itu adalah hukumnya adalah haram mengikut ajaran Islam.

Pemerintah yang mencabuli hak asasi bersuara pada perkara-perkara yang wajib dan sunat mengikut ajaran Islam disuarakan oleh rakyat atau sesiapa saja; hukumnya adalah haram; di makna pemerintah itu sendiri melakukan kemungkaran. Perkataan "mencabul" itu sendiri adalah haram hukumnya jika dilakukan.

Apabila Pemerintah melakukan perkara yang hukumnya adalah haram mengikut ajaran Islam, adalah berkewajiban bagi rakyat bertindak melaksanakan "amarmakrufnahimungkar". Akibat tidak mahu melaksanakan "amarmakrufnahimungkar" apabila melihat atau berhadapan dengan apa jua kemungkaran dilakukan; akibatnya adalah sebagaimana maksud Al-Hadis ini:

“Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan.” [Hadis Riwayat Abu Daud].

Berdasarkan kepada maksud Al-Hadis tersebut di atas, dapatkah kita beroleh kemajuan dan berjaya apabila kita berdoa, doa kita tidak akan diperkenankan?

Pemerintah atau Pemimimpin mengikut ajaran Islam adalah wajib menjaga dan menunaikan AMANAH. Mencabuli hak asasi bersuara itu (iaitu hak asasi bersuara yang dibenarkan oleh Syarak) adalah merupakan tindakan tidak menunaikan amanah.

Mengenai hal AMANAH ini kita kena memahami maksud Ayat-Aayat Al-Qur'an dan Al-Hadis berikut:



“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” [Al-Qur’an: Surah Al-Nisaa’, ayat 58],

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.[Al-Quran: Surah Al-Anfaal, ayat 27].


“Seberat-berat agama ialah memelihara Amanah, sesungguhnya
tidak beragama seseorang yang tidak menjaga Amanah, bahkan
tidak diterima sholat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar];

“Ada tiga sifat, siapa yang memiliki maka dia adalah munafik
walaupun ia berpuasa, sholat, naik haji, mengerjakan umrah dan mengaku muslim. Iaitu orang yang berdusta bila berkata, mungkir bila berjanji dan mengkhianati bila diberi amanah”.
[Hadis Riwayat Abu Ya’la.].

Apabila Pemerintah atau Pemimpin gagal menjaga dan gagal menunaikan amanah, maka berdasarkan kepada maksud l-Hadis yang diriwayat oleh Al-Bazaar itu, adakah Pemerintah atau Pemimpin itu beragama? Jika tidak beragama, adakah wajar rakyat boleh terus memberikan ketaatan?

Wasalam.

Di Petik Asal

No comments:

Post a Comment

Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...