Wednesday, February 16, 2011
~~Prophet Muhammad S.A.W.~~
Perutusan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
Diterbitkan pada 14 February 2011 Kategori Perutusan, Ucapan, islam
Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun 1432 ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita umat Islam sedia maklum merupakan bulan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam, termasuk di Malaysia keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di Kelantan ini.
Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini dapat ditumpukan kepada topik semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa amat perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri sebagai sumber hukum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini antara lainnya bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan peristiwa semasa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Kedua, para penceramah (kalangan pemimpin atau pendakwah serta pakar motivasi) perlulah mengingatkan masyarakat, khususnya umat Islam bahawa dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki, kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT. Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan besar-besaran rakyat menentang rejim yang berkuasa begitu lama menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan sampai saatnya, kuasa mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.
Ketiga, kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara ditonjolkan undang dijadikan tauladan kepada mana-mana penguasa yang menjalankan amanah Allah SWT. Baginda mentadbir negara Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sesuai dengan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT (Al-Quran, Surah al-Alaq ayat 1-7)
bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini) sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu.”
Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.
Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non-muslim bukan sekadar sambutan seperti perarakan besar-besaran sahaja, tetapi hendaklah juga menonjolkan nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Oleh itu, wajar sekali ditonjolkan bagaimana Islam melarang perkara-perkara mungkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkaranya dilarang oleh Islam dan hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara maaruf seperti kerjasama, bantu membantu di dalam sebarang kerja amal kebajikan dan muafakat menjaga keharmonian hidup beragama amat yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai amal maaruf yang baik untuk kerukunan hidup bermasyarakat.
Firman Allah SWT (Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 148)
Bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.
Sekian.
Dipetik dari : http://www.blogtokguru.com/perutusan-maulidur-rasul-1432-hijrah/
TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP
AL-MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Wednesday, February 9, 2011
PBB Minta Amalan Berkhatan dalam kalangan Wanita Dihentikan. Apakah Hukum Berkhatan?
Baru-baru ini Pegawai PBB menyeru agar amalan berkhatan untuk kaum wanita dihentikan kerana menurut mereka, amalan itu melanggar hak asasi manusia dan membahayakan kesihatan 3 juta perempuan yang menjalani amalan itu setiap tahun.
Seperti yang kita maklum, amalan bersunat atau berkhatan ini merupakan amalan yang berkait rapat dengan masyarakat Islam di serata dunia.
Menurut agensi berita AP, Anthony Lake, ketua Dana Kanak-kanak PBB dan Babatunde Osotimehin, ketua Dana Populasi PBB telah meminta bantuan negara dan organisasi di seluruh dunia untuk menghentikan amalan tersebut.
Menurut mereka, amalan bersunat menyebabkan pendarahan untuk tempoh yang lama, ketidaksuburan, dan kematian. Kenyataan itu mungkin benar jika amalan bersunat itu dilakukan tanpa mengikut prosedur perubatan yang selamat.
Persoalannya, apakah hukum bersunat bagi orang Islam? Apakah faedah bersunat terutamanya untuk kaum wanita? Saya petik sedikit kiriman tentang hal ini di laman sesawang Zaharuddin:
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita. Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanafiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada. Katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi, pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan.
"Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..."
dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit. ( Majalah, Oktober 1994)"
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khatan bagi wanita adalah lemah. Justeru khatan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita Arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali di Mesir dan Sudan. Adapun negara arab di Teluk dan Maghribi tiada khatan bagai wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Ironinya, biarpun kita dimaklumkan bahawa antara faedah berkhatan itu termasuklah mengekang nafsu wanita, namun bilangan anak luar nikah yang dilahirkan oleh remaja Islam di Malaysia kian meningkat dari sehari ke sehari. '
sumber: http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/02/pbb-minta-amalan-berkhatan-dalam.html
~~Sayang dan kasihnya PenCipta (Allah) kepada hambaNya~~
Abu Hurairah .r.a. katanya Nabi s.a.w bersabda : "Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, aku tidak (akan mematikan hamba Ku di dunia, atau) mengeluarkan hamba Ku dari dunia ini sebelum terlebih dahulu Aku mengampuni atau mengurangi kejelekan amalny, dengan penyakit dalam tubuhnya atau menyempitkan rezekinya atau dengan musibah yang penuh dengan kegelisahan", kalau kejelekannya masih ada lagi pada dirinya maka Aku beratkan di waktu ketika hendak matinya.
Sehingga dia berjumpa Aku dengan tidak ada lagi kejelekan. Demi kemuliaan dan keagungan Ku, Aku tidak akan mengeluarkan seorang pun hamba-hamba Ku dan Aku tidak akan mengampuninya melainkan Aku menepati seluruh kebajikan yang dikerjakan diwaktu sihat badannyadan dia merasa gembira dari apa yang terimanya dan lapang rezekinya.
Kalau kebajikannya masih kekal, maka baginya Aku lapangkan dan mempermudahkan di waktu matinya, sehingga ia menemui Aku dengan kebajikannya.
Tuesday, February 8, 2011
~~Menangis Bukan Kerana Rugi~~
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang ulamak Islam yang terkenal bernama Ali bin Fadhil. Beliau terkenal kerana sifatnya yang warak serta tidak mempedulikan kemewahan dan kebesaran dunia. Disebabkan sifat pekertinyanya itu dia amat dicintai oleh umat Islam di zamannya.
Pada suatu hari ulamak besar itu telah pergi ke Mekah kerana hendak menunaikan Haji. Ketika beliau sedang mengerjakan tawaf di Kaabah iaitu di tengah-tengah lautan manusia ketika itu, tiba-tiba seirang oencuri berjaya mencuri dompetnya. setelah dia selesai mengerjakan tawaf barulah dia sedar bahawa dompetnya telah dicuri. Dengan tenang dia menghadapi kejadian itu sebagai ujian dari Allah. Ayahnya yang melihat peristiwa itu berasa hairan dengan sikap anaknya. DIa kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tetapi setelah itu tiba-tiba Ali bin Fadhil menangis. Melihatkan anaknya menangis ayahnya pun datang menghampiri sambil bertanya:
"Hai anakku, adakah engkau menangis kerana wang yang telah dicuri itu".
"Tidak ayah, apalah sangat yang hendak ditangiskan kalau itu kehendak
takdir"
kata Ali sambil mengesat air matanya.
Sebenarnya saya menangis kerana kasihan mengenai nasib orang yang mencuri wang saya itu. Ini kerana dia tidak akan berupaya hendak membela perbuatannya itu dihadapan Allah S.W.T di hari akhirat kelak. Begitulah keadaan orang yang beriman, mereka sentiasa memndang kecil pada kerugian harta benda dunia yang tidak kekal itu. Manakala bagi orang yang tidak beriman mereka akan menganggap itu adalah kerugian yang besar.
Note* Bukan kerana Wang Bukan Kerana Pujian yang di pinta~~
Monday, February 7, 2011
~~Kemaafan Yang Mengkagumkan~~
Semasa zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah dahulu ada seorang lelaki yang mepunyai ramai musuhnya. Setiap hari lelaki itu sentiasa diburu oleh musuhnya. Pada suatu hari lelaki itu telah menyamarkan dirinya agar tidak dikenali oleh orang ramai. Kemudian dia melarikan diri ke sebuah bandar yang bernama Kufah. Apabila dia sampai di bandar itu dia telah ternampak sebuah rumah besar serta luas halamannya. Dengan memberanikan diri lelaki itu pun masuk ke dalam rumah itu untuk menumpangbermalam dalam sehari dua.
Setelah dia masuk dan bertemu dengan tuan rumah itu lantas dia pun memberitahu tujuan kedatangannya ke bandar itu. Dia memberitahu tuan rumah itu bahawa nyawa dia sedang terancam kerana ada orang hendak membunuhnya. Tanpa soal selidik tuan rumah itu terus membenarkan lelaki itu tinggal dirumahnya kerana dia begitu kasihan memandangkan nasibnya. Lelaki itu juga beruntung dapat berlindung dirumah yang besar itu.
Semasa tinggal di situ lelaki itu berasa hairan meihat gerak geri tuan rumah tersebut. Dia tidak faham negapa tuan rumah itu keluar pagi dan pulang sehingga lewat malam. Tuan rumah itu seolah-olah sedang mencari sesuatu yang masih belum ditemuinya lagi. Setelah beberapa hari kemudian dia berasa tidak sabar untuk bertanya kepada lelaki itu kenapa dia bersikap seperti itu. Dengan memberanikan diri dia pun bertanya kepada lelaki itu. Dengan tenang lelaki itu berkata:
“Sebenarnya aku keluar pagi hingga malam kerana aku mencari seorang lelaki yang membunuh ayahku”.
Sebaik sahaja dia mendengar kisah tuan rumah itu, serta merta air mukanya berubah. Dia kelihatan begitu pucat. Dia sedar dia adalah orang yang sedang di cari oleh tuan rumah itu. Apa kah yang harus dibuatnya sekarang? Patutkah dia merahsiakan perkara itu atau mengaku saja bahawa dia adalah orang yang dicarinya itu?
Dengan perasaan berdebar lelaki itu berkata:
“Tuan yang budiman. Budi baik tuan yang sangat tinggi itu telah mencegah saya dari merahsiakan tentang diri saya. Sebenarnya sayalah orang yang tuan cari itu. Sekarang saya rela untuk menerima apa saja hukuman dari tuan. Budi baik tuan sangat besar buat saya”.
Mendengar pengakuan lelaki itu. Tuan rumah itu begitu terkejut kerana dia tidak menyangka bahawa orang yang diberi perlindungan itu adalah orang yang membunuh ayahnya yang disayangi. Maka dengan perasaan yang berat tuan rumah itu berkata:
“Hai orang yang membunuh ayahku. Kalau aku tidak mengenang kejujuran engkau sudah tentu akan aku pancung lehermu sekarang juga. Walaupun aku bersedia memaafkan engkau lebih baik engkau keluar dari rumah aku ini sebelum aku berubah fikiran”. Dengan perasaan takut lelaki itu terus berlari keluar dari rumah itu.
Note* ~~~Kejujuran+Kemaafan~~~
Wednesday, February 2, 2011
~~Mari Mengenali Sultan Muhammad Al-Fatih~~
Tahukah anda lukisan siapakah di atas ini ?
Sudah pasti jawapannya mudah, inilah lukisan wajah Sultan Muhammad Al-Fateh. Inilah gambar yang paling masyhur diketengahkan mana-mana penulis yang menulis mengenai Sultan Muhammad.
Bagaikan tidak sah gambar lain diletakkan melainkan gambar ini mesti didahulukan dan inilah potret yang muktabar dan paling hampir menggambarkan wajah dan pakaian sebenar pemimpin yang dipuji oleh Rasulullah S.A.W sebagai sebaik-baik raja yang membebaskan Konstantinopel.
Namun demikian berapa ramai yang tahu siapakah yang melukis gambar ini dan apakah kisah di sebaliknya ?
Jika ditanya, sudah pasti ramai akan menyangka lukisan ini dilukis oleh pakar-pakar lukisan dari kalangan orang Islam yang berkhidmat dengan Sultan Muhammad.
Sebenarnya melihat gambar ini bukan sekadar menggambarkan susuk tubuh yang sangat kental, tajam pandangan dan berjiwa besar sebesar serban diraja Usmaniah semata-mata, tetapi ia juga adalah gambar yang menunjukkan ketinggian nilai inovatif yang dilakukan oleh Sultan Muhammad.
Gambar di atas sebenarnya dilukis oleh pelukis terkenal di Itali iaitu Gentile Bellini.
Pada September 1479 Masihi, beliau telah dihantar oleh Senate Venice di Itali ke Istanbul sebagai simbol diplomasi dan hubungan damai antara Venice dan Turki Usmaniah. Gentile Bellini bukan sekadar hadir sebagai hadiah sebuah kepakaran dan pengajian peradaban kepada Sultan Muhammad, bahkan juga sebagai pegawai diplomatik bagi pihak Venice.
Persoalannya, kenapa Sultan Muhammad memilih beliau untuk melukis potret rasminya yang akan digazetkan untuk dilihat oleh para pencinta perjuangan Islam selepas beliau dan selepas era Usmaniah ?
Asas apakah yang dinilai dan maklumat dari siapakah yang memberitahu Sultan Muhammad bahawa Gentile Bellini mempunyai nilai kompetensi terbaik di Itali dalam bidang lukisan ?
Pemilihan Gentile Bellini mentafsirkan beberapa karakter tersirat mengenai Sultan Muhammad:
1. Sultan Muhammad bukan sekadar seorang yang genius dan strategist, bahkan seorang yang sangat seni dan menghargai kesenian seperti bidang lukisan.
Ini terbukti dalam soal memilih pelukis potretnya, beliau menunjukkan karakternya perfectionistnya yang selama ini terserlah ketika peristiwa pemilihan imam di Haghia Sophia. Sikap suka memilih yang terbaik dan ‘itqan’ dalam semua perkara. Jika dalam perkara sekecil melukis potretnya dan menjadi imam solat Jumaat beliau kelihatan sangat cerewet dan itqan dalam soal kualiti, maka anda boleh bayangkan sendiri sikapnya dalam perkara-perkara besar seperti pemilihan kabinet menteri-menteri Usmaniah, pemilihan tentera, pemilihan taktik peperangan dan sebagainya. Sultan Muhammad akan sentiasa memilih yang terbaik kerana musuh kepada yang terbaik atau cemerlang adalah baik itu sendiri. Maka tidak perlu pelik jika baginda Rasulullah menyatakan beliaulah raja yang terbaik.
2. Sultan Muhammad sangat obses dan jatuh hati dengan seni lukisan (art & culture) Itali berbanding negaranya sendiri dan negara-negara Eropah yang lain. Ini bererti beliau telah lama mengkaji seni dan kebudayaan Itali lantas membuat perbandingan dengan negara-negara lain, maka beliau mendapati Itali terkehadapan dalam soal ini.
Kemampuan Sultan Muhammad yang berbangsa Turki untuk melihat Itali yang terbaik tidak perlu dipertikaikan kerana beliau menguasai bahasa Latin. Justeru beliau memanfaatkan pelukis terbaik Itali, Gentile Bellini untuk mengabadikan potretnya. Walaupun dari kalangan rakyat Usmaniah sendiri ramai yang dilihat punyai kemampuan untuk sekadar melukiskan potretnya, namun inilah Sultan Muhammad, sentiasa menyaring yang terbaik dari yang terbaik (choose the best of the best) sebagaimana beliau memilih Urban dan teknologi Hungary untuk melumpuhkan benteng Konstantinopel.
3. Sultan Muhammad seorang yang sangat terbuka kepada apa jua kelebihan yang ada kepada negara lain termasuk musuhnya sendiri. Untuk membangunkan Usmaniah, beliau mengajar kita kuasa keterbukaan kepada idea-idea luar dan bersikap positif dan inovatif terhadapnya, bukan sebaliknya berkonfrontasi dan bermusuh dengan apa jua yang datang dari Barat. Baginya, hikmah itu adalah satu kehilangan bagi orang mukmin, maka sesiapa yang menemuinya, maka dialah yang berhak ke atasnya, maka Sultan Muhammad menemui Gentile Bellini.
Inilah manifestasi sikap inovatif yang menjadi budaya dan sikap Sultan Muhammad. Inovatif membawa erti memanfaatkan idea, penemuan, kepakaran dan teknologi orang lain untuk kemajuan sendiri.
- Petikan sebahagian kecil dari draf tulisan berkenaan Kuasa Kreativiti dan Inovatif, Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh.
sumber: http://berita-harian-online.com/siapakah-yang-melukis-wajah-sultan-muhammad-al-fateh/
Note: untuk membaca dan mengetahui dengan lebih lanjut kawan-kawan boleh download link di bawah~~
http://www.4shared.com/document/o7IQ3cwQ/Kenali_Sultan_Muhammad_Al_Fati.html
Tuesday, February 1, 2011
~~Ranking Universiti Di Malaysia Tahun 2010~~
Berikut adalah hasil penilaian penuh SETARA:
Tier 5: Excellent
Universiti Awam:
University Islam Antarabangsa (UIA)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi Mara (Kampus Shah Alam) (UiTM)
Universiti Swasta:
Curtin University of Teknology (Kampus Sarawak)
International Medical University (IMU)
Management and Science University (MSU)
Monash University (Kampus Sunway)
Sunway University College
Swinburne University of Technology (Kampus Sarawak)
Taylor’s University
The University of Nottingham (Kampus Malaysia)
Universiti Teknologi Petronas
Tier 4: Very Good
Universiti Awam:
Universiti Sultan Zainal Abidin (dahulunya UDM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Swasta:
Aimst University
Asia Pacific University College of Technology and Innovation
Cyberjaya Universiti College of Medical Sciences
Help University College
Inti International University (dahulunya Inti University College)
Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur
Lim Kok Wing University of Creative Technology
Nilai University College
UCSI University
University Industri Selangor (UNISEL)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
Penilaian menyeluruh ini adalah yang pertamanya di Malaysia dimana ia dilakukan dalam tahun 2009. Buat masa ini, penilaian ini adalah yang terkini dan menjadi penanda aras pencapaian universiti tempatan khasnya untuk Ijazah Sarjana Muda.
sumber: http://duniakuduniamu.com
*note: UUM macam mana??
Subscribe to:
Posts (Atom)







