Monday, February 7, 2011
~~Kemaafan Yang Mengkagumkan~~
Semasa zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah dahulu ada seorang lelaki yang mepunyai ramai musuhnya. Setiap hari lelaki itu sentiasa diburu oleh musuhnya. Pada suatu hari lelaki itu telah menyamarkan dirinya agar tidak dikenali oleh orang ramai. Kemudian dia melarikan diri ke sebuah bandar yang bernama Kufah. Apabila dia sampai di bandar itu dia telah ternampak sebuah rumah besar serta luas halamannya. Dengan memberanikan diri lelaki itu pun masuk ke dalam rumah itu untuk menumpangbermalam dalam sehari dua.
Setelah dia masuk dan bertemu dengan tuan rumah itu lantas dia pun memberitahu tujuan kedatangannya ke bandar itu. Dia memberitahu tuan rumah itu bahawa nyawa dia sedang terancam kerana ada orang hendak membunuhnya. Tanpa soal selidik tuan rumah itu terus membenarkan lelaki itu tinggal dirumahnya kerana dia begitu kasihan memandangkan nasibnya. Lelaki itu juga beruntung dapat berlindung dirumah yang besar itu.
Semasa tinggal di situ lelaki itu berasa hairan meihat gerak geri tuan rumah tersebut. Dia tidak faham negapa tuan rumah itu keluar pagi dan pulang sehingga lewat malam. Tuan rumah itu seolah-olah sedang mencari sesuatu yang masih belum ditemuinya lagi. Setelah beberapa hari kemudian dia berasa tidak sabar untuk bertanya kepada lelaki itu kenapa dia bersikap seperti itu. Dengan memberanikan diri dia pun bertanya kepada lelaki itu. Dengan tenang lelaki itu berkata:
“Sebenarnya aku keluar pagi hingga malam kerana aku mencari seorang lelaki yang membunuh ayahku”.
Sebaik sahaja dia mendengar kisah tuan rumah itu, serta merta air mukanya berubah. Dia kelihatan begitu pucat. Dia sedar dia adalah orang yang sedang di cari oleh tuan rumah itu. Apa kah yang harus dibuatnya sekarang? Patutkah dia merahsiakan perkara itu atau mengaku saja bahawa dia adalah orang yang dicarinya itu?
Dengan perasaan berdebar lelaki itu berkata:
“Tuan yang budiman. Budi baik tuan yang sangat tinggi itu telah mencegah saya dari merahsiakan tentang diri saya. Sebenarnya sayalah orang yang tuan cari itu. Sekarang saya rela untuk menerima apa saja hukuman dari tuan. Budi baik tuan sangat besar buat saya”.
Mendengar pengakuan lelaki itu. Tuan rumah itu begitu terkejut kerana dia tidak menyangka bahawa orang yang diberi perlindungan itu adalah orang yang membunuh ayahnya yang disayangi. Maka dengan perasaan yang berat tuan rumah itu berkata:
“Hai orang yang membunuh ayahku. Kalau aku tidak mengenang kejujuran engkau sudah tentu akan aku pancung lehermu sekarang juga. Walaupun aku bersedia memaafkan engkau lebih baik engkau keluar dari rumah aku ini sebelum aku berubah fikiran”. Dengan perasaan takut lelaki itu terus berlari keluar dari rumah itu.
Note* ~~~Kejujuran+Kemaafan~~~
Labels:
Informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment