Monday, January 31, 2011

Didik Anak Jadi Pejuang | iluvislam.com + discover the beauty of islam


note: *Pendidikan tidak formal ibu bapa kepada anak-anak amat penting bagi memberikan pemahaman terhadap sesuatu perkara yang membolehkan anak-anak kita mengerti apakah itu Islam yang Syumul.
* Pembawaan nilai2 murni dalam sesebuah keluarga dan diterapkan dalam kehidupan seharian dapat membina jati diri anak-anak yang kuat dan berpegang teguh terhadap ajaran Allah.
* Bentuklah diri anak-anak kita bagi menghadapi suatu ancaman yang lebih besar di masa akan datang.

~~ Insyaallah ~~

Didik Anak Jadi Pejuang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, January 29, 2011

Japan Vs Australia




Siapakah yang akan memenangi pada game malam ini? sama2 kita saksikan..

pada mereka yang tidak memasang ASTRO di rumah. TV1 menyediakan siaran Langsung pada jam 11.00 malam nanti. Sama-sama kita saksikan perlawanan ini.
~~JAPAN VS AUSTRALIA~~

Friday, January 28, 2011

I am Happy


Ini cite tahun 2009, cmne aku leh terlepas tengok ni.. hahahahaha :P

Sinopsis:
A man (Hyeon Bin) suffers from mental illness after having lived with a mother suffering from dementia and a brother addicted to gambling. Now institutionalized, he falls in love with a nurse (Lee Bo-Young) at the psychiatric hospital.

korang dah tgok ke cite ni?? yang pasti aku tak tengok lagi..... :)

NEW!! Proton Inspira R3 Bakal Dilancarkan 2011? | Walk The Talk





NEW!! Proton Inspira R3 Bakal Dilancarkan 2011? | Walk The Talk

Layan Movie Korea Jom!~~~

tengok gambar macam best, aku pun nak download la.. hihihihi =)


kalo korang rasa nak tengok boleh la download kat link ni: mediafire link*

part 1: http://www.mediafire.com/?rr8wvhf86088n6z
part 2: http://www.mediafire.com/?8avazl6948986q6
part 3: http://www.mediafire.com/?9tvjhbmssv1qem8
part 4: http://www.mediafire.com/?9lzg5o8tdm53guc
part 5: http://www.mediafire.com/?u187y7n6atnrr9p
part 6: http://www.mediafire.com/?lhqid30frj2kxb5
part 7: http://www.mediafire.com/?lehmtsfqrq2hqah

layan zasssss.....

Nak Tidur!!!



Kita perlukan masa 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur. Jadi artikel ini saya petik daripada http://malaysia.shoppinglifestyle.com untuk berkongsi dengan anda semua.
Jom tengok.

Although individual sleep needs vary, the American Academy of Sleep Medicine recommends that most adults should get about seven to eight hours of nightly sleep. Barely getting your seven hours? Here are some "sleep hygiene" solutions for a better night's slumber:

• Establish a regular bedtime by going to bed and waking up at the same
time everyday (yes, even on weekends).
• Ensure your bedroom is dark, quiet, cool and comfortable.
• Refrain from exercise at least 3 to 4 hours before bedtime.
• Develop relaxing bedtime rituals to help your body unwind. Try listening
to soothing music or taking a hot bath and avoid stimulating activities
such as work or TV.
• Stay away from coffee, tea and cola at least 4 to 6 hours before bed. These
contain caffeine, a stimulant which can interfere with your ability to
sleep.

Boleh ambik tips ni..

Thursday, January 27, 2011

Dream High [K-Drama]



Seronok ke tidak cerita nie?. Tengok gambar macam best.. nak cuba tengoklah episod 1. Kalo cerita ini dapat memikat hati aku, aku nak download drama ini. kikikiki
=)

Korang Bercinta tak??



Kepada kawan-kawan yang bercinta meh tengok apa maksud CINTA? kenapa semua mesti bercinta ea?? CINTA kepada sesama manusia? sesama Makhluk? CInta Sejati ialah kepada PENCIPTA KITA KAN.

~CINTA~

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.

Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta. Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya. Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.

sumber : wikipedia berbahasa Melayu

KDN kaji akta penerbitan kawal bahan Internet termasuk Facebook!!!!




TERKINI @ 06:45:25 PM 25-01-2011
January 25, 2011

PUTRAJAYA, 25 Jan — Kementerian Dalam Negeri akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebihkomprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Selama ini akta berusia lebih dua dekad itu hanya mengawal selia penerbitan bahan-bahan cetak dan terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Ini kali pertama peruntukan itu dikaji sejak dasar Koridor Raya Multimedia diperkenalkan pertengahan 1990-an.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan Internet, Facebook dan perisian.

“Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan Anggota Lembaga Penapisan Filem, Anggota Jawatankuasa Rayuan serta anggota-anggota bersekutu, di sini hari ini.

Katanya pihaknya juga bercadang mengemaskini garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) penapisan filem, selari dengan teknologi memuat turun filem yang ada sekarang.

Mahmood berkata walaupun garis panduan sedia ada ditetapkan pada 2010 dan hanya digunakan kira-kira setahun, ia perlu diubah bagi memenuhi kepentingan rakyat.

“Pengubahsuaian garis panduan antaranya bertujuan memastikan kita mampu mengawal kemasukan filem melalui teknologi terkini seperti melalui pemacu pena.

“Ramai orang tidak lagi membawa masuk filem dalam bentuk cakera padat video (VCD) tetapi ia mungkin disembunyi dalam komputer. Kita perlu melihat dan mengatasi masalah ini,” katanya.

Mengenai kawalan bahan dalam laman YouTube, beliau berkata pihaknya bersama wakil dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa melakukan pemantauan terhadap laman web tersebut.

sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kdn-kaji-akta-penerbitan-kawal-bahan-internet-termasuk-facebook/

Wednesday, January 26, 2011

~Pulang~

Hari-hari aku naik feri ini : dua bijik feri ini pun menyampah tengok aku. =)



JJJOOOMMMM pulang!!

Note: *Jeti Lumut Ke Jeti Pangkor mengambil masa 25-30 minit. Ayuh Pulang :)

Bestnya Merokok!!

Rokok Oh Rokok!!!!!



Rokok aku anggap suatu perkara yang tidak berfaedahla. lagi pula aku sekarang dah tak tahan duduk atau berdekatan dengan sang perokok kerana asapnya akan mengena pada aku. Kemudiannya bau rokok akan melekat pada baju yang dipakai yang mana bau wangi2an yang disembur semasa keluar rumah sudah hilang dek lekatnya bau rokok yang amat kuat. Kepada perokok tolonglah jangan buat macam ini kepada kami yang tak merokok.

note: *Apa kata merokok ditempat yang sesuai supaya orang lain tidak kena dan selesa. sebenarnya merokok mendatangkan banyak masalah kepada diri dan juga kepada orang lain. Harap-harap korang faham k. Bukan menghalang tetapi biarlah beetika dan beradabserta menghormati orang lain. Sekiranya kamu menghormati orang lain sudah pasti orang lain menghormati kamu.
tenkiu kepada yang memahami =)


fakta: *Kandungan Berbahaya Dalam Rokok..

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

NOTE: Harap-harap korang berjaya berubah (berhijrah) =)

SUMBER : http://bilikkesihatanskmr2.blogspot.com

~Secret Garden (EP20) Complete +Special Episod~


sinopsis :
The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies.

note: *seronok dapat tengok drama Hyun Bin dengan style dia, dan ada perkara yang melucukan sehinggakan membuatkan ak* ketawa sorang-sorang dalam bilik. Jangan terkejut mendengar lelaki seperti ak* meminati filem dan drama korea. Apa-apa pun korang kena cari drama Secret Garden ni. =) memang best+best

Wawasan 2020



menurut Wikipedia bahasa melayu bahawa:

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

note:
adakah benar-benar kita (rakyat Malaysia)

akan mencapai gagasan yang diilhamkan oleh Bekas Perdana Menteri kita?

*"kita mempunyai 9 tahun lagi dari saat ini.. adakah segalanya menjadi kenyataan"

Pena Hati

Mengungkap suatu bentuk penceritaan yang di baca semasa melayari internet,
yang mana memberikan pelbagai pengalaman menarik seperti berkongsi buah fikiran, mendapat ilmu pengetahuan, mendalami situasi politik tanah air, dan sebagainya. Mudah-mudahan hasil dari pembacaan penulis memberikan ilmu yang berguna untuk diri dan juga pembaca.

Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...