430,000 guru tidak setuju SBPA
KUALA LUMPUR: Seramai  430,000 guru dari seluruh negara tidak bersetuju dengan skim Saraan  Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan meminta kerajaan menimbang semula  kepentingan penjawat awam, terutama golongan pendidik, dalam mesyuarat  anjuran Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) di Taman  Setiawangsa, di sini, semalam.
Pengerusinya, Jemale Paiman berharap kerajaan menimbang seadil-adilnya rumusan mesyuarat yang diputuskan bersama 320 pemimpin kesatuan dengan memberi tempoh lapan hari.
Beliau  berkata, selain Ceupacs sebagai panel tetap, wakil peguam dan JPA  sebagai sekretariat, tiga wakil khas mewakili warga pendidik dilantik  untuk berjumpa atau berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi  tujuan penambahbaikan pelaksanaan SBPA, terutama bagi membela nasib  golongan berkenaan.
“Kami  mendapati ada klausa kurang jelas dalam pelaksanaan SBPA, misalnya  tidak mengambil kira kenaikan gaji tahunan antara tujuh hingga 13  peratus untuk menampung kos sara hidup yang makin tinggi.
“Disebabkan golongan pendidik sektor penting dalam pembangunan negara, perkara itu harus dipertimbangkan sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment