Apabila roh keluar dari jasad, ia akan  berkata-kata dan seluruh isi alam yang ada di langit atau bumi akan  mendengarnya kecuali jin dan manusia. 
 Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata  : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk  melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku  beristirehat daripada seretan malaikat maut”. 
 Selepas itu, mayat pula bersuara sambil  merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu  dalam keadaan panas. 
 Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang sejuk kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”. 
 Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :  “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku  dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.
 Setelah dimandi dan dikafankan,  telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan  lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana  ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri  atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sehingga  Hari Kiamat. 
 Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah,  wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka  janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan  janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah  keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat  selama-lamanya”.
 Sesudah mayat diletakkan pada pengusung,  sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan  mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak  saudara buat kali terakhir. 
 Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga  langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku  dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia  memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia  melalaikan aku”. 
 “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku  kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mau menanggung  kesalahanku”. 
 “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa  senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
 Ada  satu riwayat dari Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur  pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur  masing-masing. 
 Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda  memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat  melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya  kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. 
 Maka  mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur  adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya  aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan  aku”. 
 Setelah mendengar jawaban mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada  malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang  dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. 
 Mendengar  keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah  akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas  itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun  kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang  daripada matahari.
 Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
 Apabila  telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan  malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka  menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke  lutut. 
 Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk  menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka  keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik  rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. 
 Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik  roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan  saat nazak orang itu.”
 Sambung  Rasullullah S.A.W. lagi: “Kalau orang yang nazak itu orang yang  beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di  sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya  di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan  lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana  sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap  Jibril A.S.” 
 Kalau  orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan  sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat  kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat  orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila  melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis  bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut  nyawanya maka datanglah malaikat maut. 
 Apabila  malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka  keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 
 “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan  ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah  S.W.T.” 
 Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun  kembali kepada AllahS.W.T .dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah  orang mukmin itu. 
 Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” 
 Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba  mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari  arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim  dan keluar penulisan ilmu. 
 Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu  untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah  mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan  tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” 
 Oleh kerana malaikat maut gagal  untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
 Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan  bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik  mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri  majlis-majlis ilmu.” 
 Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang  mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
 Sebaik saja malaikat maut menghampiri  telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini  kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” 
 Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut  orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata  maka berkata mata: “Tidak ada jalan  bagimu dari arah ini sebab mata ini senantiasa melihat beberapa mushaf  dan kitab-kitab dan mata ini senantiasa menangis kerana takutkan Allah.”  Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. 
 Kemudian  AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu  ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” 
 Sebaik saja mendapat perintah  AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan  AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja  melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh  tersebut dari arah mulut dengan tenang. 
 Abu Bakar R.A.telah ditanya  tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu  Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:
 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
 4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak              mereka.
 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak      di langit sehingga hari kiamat.
 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta          jasadnya hingga sehingga hari Kiamat.”
 Telah  bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan disambut  tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
 1. Orang-orang yang mati syahid.
 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
 3. Orang berpuasa di hari Arafah.
 Wallohua’lam
sumber: http://tulahan.blogspot.com 

No comments:
Post a Comment