FELDKIRCHEN, Austria: Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan  itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel  bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh  diingati buat selama-lamanya.
Melanie  berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan  sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian  perkahwinan kami."
Dalam majlis itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.
-Agensi-
sumber asal 

No comments:
Post a Comment