Wednesday, February 15, 2012

Terkini Pendedahan Hubungan Malaysia dengan Israel telah Terbongkar !!!


aku cam xcaya jer pada mulanya bila tgok pict ni... bila aku bukak link diorag bg mmg ada la...
korang try bukak link ni.... 

Tuesday, February 14, 2012

Info Khas Utk Orang Perak!! ~~Jangkitan Age di Perak meningkat~~~

 

IPOH - Jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang dikesan di Perak sejak minggu lepas meningkat kepada 251 kes hari ini berbanding 131 kes
semalam itu, meningkat sebanyak 120 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata 180 kes dikesan di Hilir Perak hari ini manakala 71 kes di Batang Padang.

Bilangan kes baru yang dimasukkan ke wad hari ini adalah dua orang di Hilir Perak dengan jumlah enam kes, manakala empat kes di Batang Padang dengan jumlah sembilan kes, katanya kepada pemberita hari ini.
Jumlah pesakit yang di rawat di hospital ialah 15 orang. Beliau berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di
Hilir Perak setakat ini adalah 1,990 kes manakala Batang Padang mencatatkan 1,078 kes.

Jumaat lepas, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali "Rotavirus" yang menyebabkan kes AGE. - Bernama


sumber Sinar Harian

Menurut Kissinger - Israel dan Senario Dunia akan Datang

 
 
 
Henry Kissinger, the most famous living practitioner of international statecraft
 
NEW YORK - USA - In a remarkable admission by former Nixon era Secretary of State, Henry Kissinger, reveals what is happening at the moment in the world and particularly the Middle East.


Speaking from his luxurious Manhattan apartment, the elder statesman, who will be 89 in May, is all too forward with his analysis of the current situation in the world forum of Geo-politics and economics.

"The United States is baiting China and Russia, and the final nail in the coffin will be Iran, which is, of course, the main target of Israel. We have allowed China to increase their military strength and Russia to recover from Sovietization, to give them a false sense of bravado, this will create an all together faster demise for them. We're like the sharp shooter daring the noob to pick up the gun, and when they try, it's bang bang.

The coming war will will be so severe that only one superpower can win, and that's us folks. 
 
This is why the EU is in such a hurry to form a complete superstate because they know what is coming, and to survive, Europe will have to be one whole cohesive state. Their urgency tells me that they know full well that the big showdown is upon us. O how I have dreamed of this delightful moment."

"Control oil and you control nations; control food and you control the people."
Mr Kissinger then added: "If you are an ordinary person, then you can prepare yourself for war by moving to the countryside and building a farm, but you must take guns with you, as the hordes of starving will be roaming. Also, even though the elite will have their safe havens and specialist shelters, they must be just as careful during the war as the ordinary civilians, because their shelters can still be compromised."

After pausing for a few minutes to collect his thoughts, Mr Kissinger, carried on: "We told the military that we would have to take over seven Middle Eastern countries for their resources and they have nearly completed their job. We all know what I think of the military, but I have to say they have obeyed orders superfluously this time. It is just that last stepping stone, i.e. Iran which will really tip the balance. How long can China and Russia stand by and watch America clean up?

The great Russian bear and Chinese sickle will be roused from their slumber and this is when Israel will have to fight with all its might and weapons to kill as many Arabs as it can. Hopefully if all goes well, half the Middle East will be Israeli. Our young have been trained well for the last decade or so on combat console games, it was interesting to see the new Call of Duty Modern Warfare 3 game, which mirrors exactly what is to come in the near future with its predictive programming.

Our young, in the US and West, are prepared because they have been programmed to be good soldiers, cannon fodder, and when they will be ordered to go out into the streets and fight those crazy Chins and Russkies, they will obey their orders. Out of the ashes we shall build a new society, there will only be one superpower left, and that one will be the global government that wins. Don't forget, the United States, has the best weapons, we have stuff that no other nation has, and we will introduce those weapons to the world when the time is right."


End of interview. Our reporter is ushered out of the room by Kissinger's minder.
"


sumber asal 

JOM Berubah!!! ~~Bersukan Tidak Menghalang Kita Untuk Menutup Aurat~~


"Atlet Bola Tampar Iran"

**Marilah kita Contohi mereka ini, walaupun bersukan tetapi mereka tetap menutup aurat dan secara tak langsung mereka menjaga agama Islam itu sendiri**


~~Info Berguna !!!! Kesan Penggunaan Komputer Berlebihan Pada Kita~~

  • Kajian menunjukkan 55% daripada komunikasi antara dua orang manusia berlaku tanpa perkataan. Contohnya nada sebutan, mimik muka dan sebagainya.

  • Penggunaan komputer berlebihan mengakibatkan sistem jalinan neural diri kita berubah.

  • Akibatnya kita akan kehilangan daya memahami perasaan orang dan akan menjadi lemah dalam pergaulan sesama manusia.

  • Mereka yang berlebihan menggunakan komputer saban hari seperti seorang blogger tegar atau seorang kaki FB atau seorang pelayar internet tegar amat tidak berharga dalam bidang jualan dan perhubungan awam.

  • Pengalaman saya sendiri sejak berkecimpung dalam dunia blog ini membuktikan kebenaran kajian yang dinyatakan diatas. Kemahuan untuk berinteraksi dan bersosial menjadi sedikit berkurang.

  • Masalah lain yang timbul adalah kesukaran untuk meninggalkan dunia blogging dan mendisiplinkan diri agar hanya sekali sekala sahaja mengadap komputer.

  • Nasihat berguna kepada semua adalah limitkan masa anda berada di depan komputer dan banyak masa anda membuat tugasan berinteraksi dengan manusia. Mungkin berbual kosong dengan kawan-kawan di kedai kopi adalah lebih berfaedah untuk mengasah kemahiran berinteraksi anda.

sumber asal

Thursday, February 9, 2012

Bekalan minyak sawit Negara Malaysia ke Iran disekat'!!!

 

 
KUALA LUMPUR - Para pengeksport minyak sawit negara terpaksa menghentikan bekalan 30,000 tan bahan tersebut yang dibeli setiap bulan oleh Iran daripada para pengeluar Asia Tenggara berikutan kekangan baharu Tehran dalam prosedur pembayaran, demikian menurut dua sumber dagangan.


Pemberhentian dalam eksport minyak sawit negara telah bermula sejak akhir tahun lalu, merupakan langkah terkini bagi memujuk Iran untuk tidak meneruskan pelancaran program senjata nuklear.

Sekatan itu, yang dimulakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) telah menjadikan ia sukar bagi pembeli minyak sawit Iran untuk menggunakan surat-surat kredit dan membuat pembayaran melalui orang tengah di Emiriah Arah Bersatu kepada pengeksport Malaysia.

Malaysia adalah negara kedua minyak sawit dunia, turut menghasilkan biodiesel untuk minyak masak dan bahan-bahan kek.

''Kebanyakan syarikat yang menjual minyak sawit kepada Iran telah berhenti berbuat demikian pada akhir tahun lalu,'' menurut seorang pedagang yang terlibat secara langsung dalam dagangan tersebut.

Menurut beliau, pembayaran dilakukan melalui pihak ketiga dan tidak ada seorang pedagang mahu mengambil risiko menghantar kargo ke Iran dengan situasi politik yang tegang, kata sumber yang enggan dikenali itu.

Kementerian Komoditi dan Majlis Minyak Sawit Malaysia tidak dapat dihubungi untuk membuat penjelasan mengenai perkara itu.

Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan terhadap Tehran mulai tahun ini, dengan menyasarkan institusi kewangan yang berurusan dengan bank pusat, dengan harapan untuk mengekang pendapatan minyak Iran.

Iran mempunyai 74 juta penduduk, mendapati sukar untuk menyalurkan mata wang yang kukuh daripada eksport minyak sawit - penyumbang utama mata wang asing yang diperlukan bagi membayar penghantaran makanan dan import-import lain.

Para pembeli Iran juga gagal membuat pembayaran bagi 200,000 tan beras daripada pembekal utama di India, menurut pengeksport dan pengilang beras.

Para pedagang Ukraine dan Eropah berkata, mereka tidak lagi melakukan penghantaran bijirin ke Iran disebabkan kesukaran pembayaran, menurut menteri perladangan negara-negara itu.

Malaysia mengeksport kira-kira separuh daripada keperluan minyak sawit Iran dan tahun lalu mengeksport 342,256 tan komoditi itu, menjadikan negara sebagai pembekal utama, bersama Indonesia - pengeluar utama minyak sawit dunia. - REUTERS

Wednesday, February 8, 2012

Drama Vanila Coklat Mencuit Hati Penahati :)

 




 Jom layan Setiap Selasa 9.00 Malam

 

Sinopsis Vanila Coklat 2012:

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan. Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi. Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju. Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka. Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara. Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain. Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir. Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara. Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?


Jom Download Lagu Tema Vanila Coklat

Astrid - Tentang Rasa.mp3 

Spider- Tapi Bagaimana





Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...