“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa mereka. Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh. Kalau lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh. Makruh juga orang yang sengaja melewatkan mandi wajib kerana banyak perkara yang terhalang ketika ia berhadas besar.
Berikut gambar-gambar bagaimana hukuman rejam dijalankan di Somalia terhadap seorang pemuda. Apa kesalahan sebenarnya tidaklah diketahui dan bagaimana penghakiman telah dijalankan sebelum menjatuhkan hukuman terhadap pemuda tersebut juga tidak pula dinyatakan.
Dia mula ditana
Dia diajar bertaubat dan ucap syah
Hukuman macam mana pun tak apa asalkan proses menentukan benar atau salah itu berjalan dengan teratur dan penuh keadilan. Tapi saya dengar di Somalia ada kumpulan yang menjalankan tangkapan sewenag-wenangnya dan terus mengadili dan menjatuhkan hukuman terutamanya terhadap golongan yang tidak menyokong mereka.
Polis digesa melakukan siasatan secara telus dan terperinci bagi mengesan dan menangkap suspek yang memasang kamera tersembunyi dalam tandas perempuan di sebuah sekolah menengah terkemuka di bandar Chukai dekat sini.
[Gambar kanan - Haji Hanafiah menunjukkan berita 'kamera dalam tandas sekolah' yang telah disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina beberapa hari lalu. Paling kiri adalah pelajar yang telah menjumpai kamera tersebut]
Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata ia adalah penting bagi memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat sekaligus bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi.
"Kita harap polis dapat siasat secara 'detail' dan telus, tidak kira siapa yang terlibat, tak kira bangsa, tak kira agama,
"polis perlu siasat dan tahan sesiapa yang terlibat, bagi memastikan ia tidak berulang,"ujarnya ketika di temui.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai menyifatkan, ia adalah satu bala yang memalukan menimpa sistem pendidikan, kerajaan Terengganu dan kerajaan Pusat khususnya Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, Menteri Besar selalu berbangga diri dengan keputusan-keputusan yang cemerlang kononnya setiap tahun, namun jelas akhlak dan moral pelajar semakin meleset.
"Ia jelas satu malapetaka kepada sistem pendidikan dan kerajaan Umno/BN yang gagal membentuk akhlak serta moral pelajar, cukup mengaibkan,
"Menteri Besar Ahmad Said selalu berbangga-bangga kononnya pencapaian hebat pendidikan Terengganu, tapi inilah dia natijahnya,"jelas Haji Hanafiah.
Menurutnya, nilai moral pelajar ketika ini semakin rapuh disebabkan pelajar dan remaja hari ini banyak disogokkan dengan hiburan yang melalaikan yang hanya mendidik golongan muda dengan keseronokan semata-mata.
[Gambar - kamera berbentuk penyangkut baju, sebagaimana yang digambarkan]
Beliau menyarankan dasar dan falsafah pendidikan sekarang dikaji dan dirombak memandangkan kes-kes yang melanda sekolah dan sistem pendidikanmasa kini.
“sudah tiba masanya, dasar dan falsafah pendidikan negara sekarang ini perlu diubah agar ia lebih menitik beratkan kerohanian agar pelajar yang dilahirkan juga cemerlang dalam aspek ketuhanan.
"saya juga cadangkan pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi perlua mendapat A bagi subjek Pendidikan Islam sebagaimana mereka perlu mendapat cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan subjek lain,"kata Hanafiah.
Menurutnya, bila diberi penekanan soal agama, akhlak dan moral, barulah dapat dilahirkan pelajar yang bertakwa yang gerun untuk melakukan perbuatan mungkar.
"Sekarang hukuman rotan atau penjara orang sudah tidak takut sebab itulah sekarang dalam penjara penuh dengan pesalah,”tambahnya
Pada 31 Julai lalu, sebuah kamera tersembunyi telah dijumpai terpasang dalam tandas pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2.
Seorang pelajar, Hee Sin Yee, 17, merasa pelik melihat 'penyangkut baju' dilekatkan di kedudukan rendah di pintu tandas lalu mencabutnya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat Salat berkata, polis percaya suspek yang memasang kamera berbentuk 'penyangkut baju' itu adalah terdiri dalam kalangan pelajar sekolah itu sendiri.
Menurutnya, kad memori kamera itu telah pun dihantar untuk dianalisis di makmal forensik polis di Cheras, Kuala Lumpur pada minggu lalu dan keputusan dijangka diketahui dalam tempoh sebulan.
“Siasatan awal yang kita jalankan turut dapati di dalam kad memori itu terdapat gambar pelajar perempuan, justeru kita percaya kamera berbentuk penyangkut baju itu telah merakam beberapa gambar sebelah ia dijumpai,” katanya
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini sebarang tangkapan masih belum dibuat dan polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci. -buletinonline
"Terdapat satu kemusykilan yang saya nak utarakan di sini. Ia berkaitan bayaran zakat bagi graduan. Terdapat dua jenis graduan secara umumnya di Malaysia. Iaitu graduan berkemampuan yang tidak perlu meminjam semasa belajar di menara gading dan kumpulan kedua adalah graduan yang terpaksa meminjam pinjaman pelajaran seperti PTPTN, JPA dan MARA untuk menamatkan pengajian.
Jadi kita fokus kepada golongan kedua yang ramainya tergolong daripada kita sendiri. Golongan kedua ini pula tergolong kepada 2 pula, iaitu Graduan Bekerja dan Graduan Menganggur.
Bagi yang menanggur, semestinya tidak layak membayar zakat setahu saya kerana dia tidak bekerja sebaliknya dibebani hutang pula. Dia termasuk dalam golongan yang wajib terima zakat. Tergolong dlm asnaf orang yang berhutang di jalan Allah kerana menuntut ilmu adalah satu jihad di jalan Allah.
Elok saja zakat kita beri terus pada mereka ini, kerana kalau beri pada pusat zakat tentu mereka tak tersenarai untuk menerima. Dan tiap-tiap tahun ada je lebihan wang zakat diumumkan walaupun kita dapati masih ramai lagi orang susah di sekeliling kita hingga terpaksa masuk ke gereja untuk meminta-minta..
Rata-rata orang yang saya temui, mereka tidak mempercayai pusat zakat. Ramai yang memberi sendiri kepada golongan yang wajib terima zakat daripada memberi kepada pusat zakat. Apakah kita juga perlu membuat sedemikian, atau boikot saja pusat zakat ini.
Rujuk syarat terima zakat di bawah:- Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.
Bagaimana pula dgn golongan Graduan yang bekerja? Mereka mempunyai gaji tetapi masih berhutang. Ada yang bergaji kecil, kerana zaman sekarang, tak semua graduan tu kaya.
Ada yang kerja buruh, operator kilang, restoran-restoran dll. kerana tiada peluang kerja setimpal dengan pencapaian akademik. Manakah yang patut didahului, sama ada melangsaikan hutang PTPTN, JPA,MARA atau membayar zakat dahulu.
Di surat PTPTN, JPA ,MARA ada tertulis hadis ”tergantung amalan seseorg manusia sehingga dia menjelaskan hutangnya”. Kalau nak langsaikan pun hutang ni sekaligus mungkin sukar kerana nilainya amat tinggi hingga kepuluhan ribu ringgit.
Rujuk syarat wajib zakat di bawah:- Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:
• Islam
• Merdeka
• Sempurna milik
• Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
• Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
• Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
• Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja) Kepada para pembaca yang berpengetahuan, diharap dapatlah memberi pandangan tentang ulasan saya ni.
Saya percaya bukan saya sahaja yang tertanya-tanya mengenai kemusykilan ini. Terima Kasih "
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak... Alhamdulillah aku masih bernafas untuk menikmati hidup dan masih diberikan peluang untuk berbuat Ibadat kepada Sang Pencipta Allah SWT..
Mudah2an Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Kepada kawan-kawan jadikanlah Ramadhan kali ini adalah bulan yg mana kita memperolehi ganjaran pahala yg besar dan seterusnya memberikan kekuatan kepada kita utk teruskan perjalanan hidup yg penuh dgn ketidakpastian... moga kita berada pada landasan org2 yg benar menegakkan agama Allah dan bukannya cenderung kepada mereka yg munafik..