Saturday, June 20, 2015

SME Bank Patuh Syariah

SMALL Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad, atau SME Bank mencapai sasarannya untuk menjadi sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) patuh Syariah.

Setakat ini, portfolio kewangan Islam SME Bank sebanyak 86.5 peratus iaitu RM4.31 bilion.

SME Bank mensasarkan pencapaian 90 peratus portfolio kewangan Islam menjelang Disember 2015. Portfolio kewangan Islam SME Bank di awal penubuhannya pada Oktober 2005 adalah sekitar 15 peratus.

Keputusan untuk menjadi IKP patuh Syariah adalah tepat pada masanya memandangkan industri Kewangan dan Perbankan Islam menjadi instrumen kewangan utama di peringkat global. Perkara ini terbukti melalui Laporan World Islamic Banking Competitiveness Report 2014-2015, participation Bank 2.0.

Friday, June 5, 2015



PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Disebalik nama besar Tan Sri P Ramlee mungkin ada diantara kita tidak tahu mengenai kisah hidup beliau. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuatkan ramai orang ketawa ketika ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.
Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah jatuh miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.
P. Ramlee : Genius Yang Tragik
Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.
Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan “anything underhand”. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee – hidupnya – keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.
Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan ‘sia-sia’, saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.
Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.
Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya ‘bikin filem’ ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.
Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.
Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang 

menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:
“A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!”
Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar ‘filem Melayu’, beliau telah mencuri ‘Api Syurga’ yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri ‘Fire of Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.
Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah ‘makan hati.’ Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.
Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:
“The pain passes; but the beauty remains.”
– Al Fatihah buat Tan Sri P Ramlee –


Sunday, June 29, 2014

~~Sayang Semua Berubah~~



Puasa pertama mengajar aku erti kehidupan hakiki, bercinta dan menyayangi lebih dari satu adalah suatu yang sukar difahami. Aku mengerti kesalahan diri ini, haruskah aku dipersalahkan selamanya!!!. Cinta itu indah bak kata pepatah "Cinta Itu Buta", bila menyebut soal cinta ia mestilah tidak lari dari istilah sayang dan menyayangi. Aku sendiri dan menyendiri untuk mengambil waktu untuk pulih seperti sediakala. Apa pun yang terjadi ia tetap menjadi suatu kenangan, walau pahit akan ku telan juga dan jika ia indah aku kenang-kenangkan.

Masa menentukan segalanya, ia merubah mengikut angin sama ada utara selatan atau timur dan barat. Biarlah angin yang datang dalam keadaan sepoi-sepoi bahasa agar aku bisa menongkah laluan itu. Jadi jika engkau fikir segala kesalahan itu terletak di bahu ini, sedarlah ia berlaku bukan sia-sia. Hikmah menanti menunggu pasti yang tidak mungkin kita tahu saat ini. Aku berdoa nun jauh di Sana agar Tuhanku memaafkan aku atas segala kesilapan ini.

Nukilan dari Saya Untuk Orang Di Sayangi !!!

~~Maafkan Saya Atas Kekhilafan Diri ~~


Friday, June 20, 2014

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

 MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


Bolehlah kita amalkan bersama-sama :)

Tuesday, June 17, 2014

~~ Pasukan Jerman Pasukan Pilihan untuk Bola Sepak Piala Dunia 2014 di Brazil kali ini ~~

Pasukan Jerman merupakan pasukan pilihan saya untuk edisi 2014. Pasukan yang dianggap akan menjulang trofi piala dunia kali ini. Penulis beranggapan bahawa pasukan Jerman mempunyai pemain yang sangat berdisplin dan memiliki kemahiran bermain bola sepak yang mantap. Ozil di lihat mampu mencipta ruang-ruang kepada rakan sepasukan untuk memecah belahkan benteng pasukan lawan. Saya harap pasukan Jerman layak ke final nanti.



Barisan Pemain Jerman / Germany Edisi 2014




Merindui Blog Aku

Assalamualaikum, dan Selamat Petang,

Sekian lama sepi menyendiri akhirnya aku ingin memulakan tulisan dan karya ini di blog http://penahati2011.blogspot.com/ dan di tukar kepada http//pena-rindu.blogspot.com/.  Kekadang kita terleka dan terlupa akan suatu hal yang harus disegerakan. Kepada rakan blog yang mengenali diri ini saya mulakan ucapan selamat bertemu kembali di alam blog. Sudah hampir berapa tahun blog ini tidak di update. Jadi sempena lembaran ramadhan yang bakal tiba dalam tempoh 11 hari lagi. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Tahun ini.

"KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN" 
KEWAJIPAN BERPUASA
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
sumber asal



  Niat Berpuasa dan Doa Berbuka Puasa.......


Like This Blog

Anda Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...