Pangkor Island / Pulau Pangkor  						sebuah pulau di perairan  			Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta  			laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari  			kedamaian. Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong  			dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang  			menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis  			penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor  			iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak  			menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah  			menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu  			eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu,  			pasangan, keluarga & kumpulan). Terdapat pelbagai kemudahan di pulau  			ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bank-bank,  			pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak  			lagi kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak  			kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa  			kereta & motosikal.